Friday, November 14, 2008

Solat Musafir


as we know, every Thursday ada TARA.. tp xde kene mengenakan pun dgn post ni.. hehe..
sbnrnye nk ckp pasal program MTPA yang dibuat every Friday kt blog ni.. tp nak ckp pun mls.. ape kate korg bace sendri yek.. semoga bermanfaat..


SOLAT JAMAK

Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak. Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :

Jamak Takdim

Solat Zohor dijamakkan dengna Asar dalam waktu Zohor dan Solat Magrib dengan Isyak dalam waktu Magrib.

Syarat Jamak Takdim :


  • Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isya'
  • Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
  • Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.

Jamak Takhir

Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar. Manakala solat Magrib dilakukan pada Waktu Isyak.

Syarat Jamak Takhir :

  • Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
  • Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.

SOLAT QASAR

Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja. Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :

  • Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
  • Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
  • Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
  • Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
  • Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
  • Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
  • Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Contoh niat bagi solat qasar (Solat Zohor) :




Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.




Contoh niat bagi solat jamak taqdim dan qasar :
  • Solat Zohor dan Asar
Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala



Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat. Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :





Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala

  • Solat Maghrib dan Isya'

Sengaja aku solat fardhu Magrib dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Isya' kerana Allah Taala

Solat maghrib tidak boleh diqasarkan. Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :


Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala


Contoh niat bagi solat jamak takhir dan qasar :
  • Solat Zohor dan Asar


Sengaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :


Sengaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala
  • Solat Maghrib dan Isya'

Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat dijama'kan dengan isya' tunai kerana Allah Taala.

Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :


Sengaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala


For more information, boleh lawati http://www.e-zakat.com.my/ibadah/solat_musafir.asp


Segala yang baik itu dari Allah s.w.t, dan yang kurang baik itu dari saya.. Wallahualamisawab..

"Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami"

No comments: